Wednesday, 8 March 2017

Assalamualaikum korang semua.Haritu aku dah janji kan nak cerita tentang aku.Okey aku memang nak cerita kat korang semua.
   

              Suatu hari yang indah."Woi Lieynn kau nak tahu tak,kak-kak bilik aku dah kecoh yang pengawas tu syok kat kau"Aku baru je nak duduk terus tercengang."Apebende kau ngarut nie?pengawas mane aku kenal ke?"Alaa prefect yang jadi MC hari Ahad tu"


               "oo yang jalan macam bajet bagus tu.Suara chipmunk tu?""Ye la kau ni banyak tanya lah"
Korang tahu apa respons aku.Aku tersengih-sengih. "Amboi aku baru beritahu kau dak sengih sengih dah,kau pon syok dekat dia eh. "eh mana ada.Senior kot.Gila kau.Tak berani aku.




                   Sejak dari tulah Aku perasan yang dia selalu perhatikan aku.Aku bagi gelaran kat dia Robot.Suatu malam tu dekat tangga surau kawan baik aku tanya lah"Lynn,kau suka kat Robot tu ke?" "Aku?Aku tak akan suka dekat dia lah" "Are you sure.Aku perhatikan kau dengan dia sesuailah"


                      Aku terlalu yakin yang aku tak akan jatuh cinta dengan dia.Tapi ALLAH Maha Membolakkan -Balikkan hati manusia.ALLAH hadirkan perasaan cinta aku dekat dia dan bermula dari itulah aku mula berubah.


                      Aku selalu perhatikan and selalu eye-contact dengan dia.Aku tahu apa yang aku buat itu adalah salah satu dosa zina mata.Tapi aku nafikan semua itu.Aku tolak agama ke tepi sebab kerana lelaki yang berjaya mencuri hati aku.


                         Aku selalu tersenyum seorang diri bila senior kate yang Robot tu selalu tengok aku,story cerita aku ,and selalu tersenyum bila tengok aku.Dan hati aku mula hitam.

                         Itu cerita tahun lalu.Tahun ini aku sangat sedih apabila aku dengar gosip dia dengan orang lain.Aku menangis pada malam hari sampai aku terbaca sebuah buku ini.Cinta mampu menggelapkan hati seseorang.Aku memang sentap ah bila baca buku tu.Aku baru sedar yang aku mula jauh dari ALLAH.Aku lupa yang ALLAH berikan perasaan cinta itu dan semudah itu aku lupakan apa yang ALLAH beri.Aku baru sedar yang aku mula meninggalkan solat Tahajud bia aku dah rasa bahagia dengan kehidupan aku.Sungguh aku lupa yang ALLAH beri rasa bahagia tu.



                              Aku pun menangis dan aku cerita perasaan itu kat kawan aku.Dia memang baik.Aku panggil dia angah.Malam tu aku peluk angah kuat-kuat.Dia mengusap-ngusap bahu aku dan kata sabar,sabar.Setelah puas aku menangis.dia berkata"Alhamdullilah.mesti lega kan.Mujur saya ada dekat sisi awak.Awak boleh bayangkan kalau saya tak ada.Awak nak luahkan perasaan dekat sapa?"



                                  Aku terpempam mendengar soalan dia.Dia menyambung "Awak tahu yang awak jauh dari ALLAH.Solat lima waktu pun tak mampu menyelasaikan masalah awak.Awak tahu tak kadang- kadang musibah yang ALLAH beri tu berkait dengan hati.Bila berkait dengan hati .Awak bangun malam dan tahajud dan mengadu lah pada DIA"...............................



                                  Itu kisah aku.Macam biasa aku akan sambung bila ada kelapangan.Insha ALLAH.

















































No comments:

Post a Comment